Tulisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.
Mokhtar dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.
"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong pada ketika itu.
Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadamkan posting tersebut.
Umat Islam percaya bermimpi bertemu Nabi Muhammad adalah satu kelebihan.
Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan lalu.
Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau semua orang.
"Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi."
Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi."
Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik."
"Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali,” tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi.
-malaysianinsider-
such a common modus operandi of cult leadership all over the world.....
BalasPadam