FMT Reporters
PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing menjadi mangsa maki hamun seorang peniaga di sebuah bazar Ramadan gara-gara cuba mengalihkan kenderaan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki warga asing berkenaan mahu mengambil kenderaannya yang diletakkan di tempat letak kereta di kawasan Bazar Ramadan Damansara Damai.
Aksi peniaga terbabit dan dua lelaki warga asing berkenaan dapat dilihat menerusi rakaman video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik di laman Facebook.
Menerusi rakaman itu, kelihatan peniaga terbabit telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada lelaki warga asing berkenaan dan mengarahkan kepadanya supaya mengambil kenderaan selepas waktu berniaga iaitu sekitar jam 8 malam.
Lelaki warga asing berkenaan turut ditolak sehingga hampir terjatuh ekoran keengganannya untuk beredar dari situ.
Individu yang merakam gambar kejadian itu juga turut mengejek dengan berkata` booo’ kepada kedua-dua lelaki warga asing tersebut.
Rata-rata pengguna laman sosial yang menonton video berkenaan mengutuk tindakan peniaga terbabit sambil menyifatkannya sebagai satu tindakan yang biadap dan memalukan.
Pada ruangan komen, seorang pengguna Facebook Zaiham Kahar menulis;
“MasyaAllah…malu rasanya melihat insan yang mungkin seagama dan sebangsa dengan saya ini…Apakah dia rasa rezeki yang bakal diperolehinya itu akan menjadi “halal”…tidak bolehkah bertolak ansur…tidak bolehkah berdiplomasi…dan jika ianya di bulan Ramadhan…di manakah indahnya budi ummat yang sedang menjalankan ibadah itu…wallahuaklam…,” katanya.
Sorang lagi pengguna Facebook, Asraf Khalid pula memberikan komen;
“Terjerit-jerit macam orang tak puasa. Tolak ansur la sikit. Bincang elok-elok. Terjerit-jerit macam ni ingat orang nak respek ke? Memang lah salah orang tu parking kat tempat niaga ko. Baru Allah hantar mat salleh tu untuk uji ko dalam bulan ramadhan ni. Nampaknya ko dah tewas,” tulisnya.
Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 558,050 kali dan turut dikongsi lebih 8,793 pengguna Facebook.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan