FMT Reporters
JOHOR BAHRU: Penasihat DAP yang juga Ahliu Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dihalau ketika menghadiri sebuah majlis di Taman Megah, Masai.
Ia berlaku apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak menumbangkan Najib.
Susulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan
Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.
Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.
Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.
Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu ‘Walkabout’ di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.
-Bernama-
Buat male melayu jer
BalasPadam