Kecoh 2 wanita bogel serbu imam (video)

FMT Reporters
femen-bogel
PETALING JAYA: Persidangan Islam di Pontoise, di pinggir Paris di Perancis dicemari dua wanita yang tampil dengan keadaan separuh bogel dengan menayangkan buah dada.

Lebih jelek wanita yang berusia 31 dan 25 tahun itu, menyerbu pentas di mana dua iman sedang berucap dengan merampas pembesar suara sehingga memaksa mereka berundur ke belakang.

Sejurus selepas ia berlaku salah seorang daripada mereka diseret ke belakang pentas manakala seorang lagi meneruskan bantahan.

Rakaman video menunjukkan salah seorang daripada mereka kemudian disepak di bawah pentas.

Femen merupakan satu pertubuhan yang diasaskan di Ukraine pada 2008, menggunakan cara bogel bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan atau mana-mana pertubuhan yang tidak sebulu dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan