3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki

Tranungkite
Ramai diantara kita pernah mengalami masalah kewangan dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki. Rezeki bukan sahaja dari bentuk wang ringgit malah dari rezeki anak, rumah, kerja, dipermudahkan urusan dan sebagainya :)

Jom amalkan 3 cara mudah untuk menarik rezeki !

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki kita.

Jangan mengharapkan balasan ketika bersedekah.

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.

Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok.

Buatlah si penerima berasa gembira dengan sedekah yang kita beri. Sedekah dengan ikhlas, jangan caci atau mengeji. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia.

Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya.
Insyaallah, rezeki akan tiba juga kepada kita sama ada cepat atau lambat sahaja. Yang penting yakin dengan janji Allah dan sabar :)

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha ini salah satu solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Yang ini memang Syira akui, baru selesai solat dhuha beberapa minit, tiba-tiba rezeki datang. :)

indahnya.. janji Allah tak pernah salah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan