LEBIH BAIK BERPAKAT MENGADAP YANG DIPERTUAN AGUNG
Tidak perlu ada himpunan, kerana yang memegang kuasa adalah Melayu yang masih punya Raja-Raja Melayu.Kesemua pemimpin Melayu,ketua-ketua,pengarah-pengarah,tokoh-tokoh,profesor-profesor,yang mewakili pelbagai institusi atau badan wajib memohon untuk mengadap Yang DiPertuan Agong agar Najib diberi cuti bagi membenarkan Kedaulatan Undang-Undang diletakkan di tempatnya.Perhimpunan untuk melawan Bersih hanya akan menambahkan kekusutan.Tunjukkan kepada dunia,sebagai penganut Islam kita sentiasa ada jalan penyelesai bijak dan terbaik.Jangan jadi macam si najib yang menari mengikut rentak DAP.Akibatnya,negara dalam gerhana.
TUKAR KEPADA BANTAHAN PEMBUNUHAN MASHURI KE2 LANGKAWI
Seorang Ketua Bahagian UMNO beritahu saya dari pengalamannya, tidak mudah untuk menghimpunkan ratusan ribu orang Melayu dari seluruh negara di Kuala Lumpur tanpa wang yang banyak,sebab yang besar,semangat yang tinggi dan tenaga penganjur yang cekap.
Sekarang nak panggil mesyuarat cawangan UMNO pun susah jika tak ada wang poket,tak ada bihun, tak ada bekal untuk bawa pulang tambahlah nak datang ke KL, nak sediakan bas, hotel makan minum dll,katanya
Beliau memberikan reaksi terhadap sebaran berita(palsu?) menerusi media sosial mengenai rancangan perhimpunan baju merah di Low Yat Bukit Bintang pada 16 September sebagai tindak balas terhadap himpunan 500,000 Bersih China4 di Dataran Merdeka menjelang hari kemerdekaan baru lalu.
Gempak ini diikuti oleh" gempak" yang sama dari Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga mahu mengadakan himpunan atas tujuan yang sama.
Rancangan perhimpunan ini telah mendapat bantahan dari kumpulan yang mendakwa diri mereka "Otai Reformasi" kerana meanggap slogannya "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku" berbau perkauman dan merbahaya dan mereka telah pun membuat lapuran polis.
Melihat senarai bahagian UMNO dari seluruh negara yang setiap bahagian akan menghantar beribu-ribu wakil maka saya tidak mahu percaya sebaliknya membuat kesimpulan ini adalah berita palsu, ini "Gempak Keling2" setelah "Gempak Keling1" dengan silat, taekwondo, orang kebal dan sebagainya yang tak nampak muka pada hari perhimpunan Bersih baju kuning tempoh hari.
Sukar untuk orang Melayu hadir secara sukarela tanpa suatu sebab yang selari dengan semangat mereka selain dari untuk menunjuk reaksi balas terhadap perhimpunan Bersih Cina4 berbanding dengan orang Cina yang didorongkan oleh sebab yang besar.
Maka itu sekiranya demonstrrasi itu bertujuan untuk mengangkat "Maruah Melayu"ia akan menjatuhkan Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini.
Kaum Cina mudah untuk menghimpukan suatu jumlah yang besar kerana dibangkitkan oleh kesatuan perasaan dan semangat yang tinggi atas matlamat besar untuk merampas kuasa, menjatuhkan kerajaan UMNO atau Melayu dan untuk persamaan hak.
Semangat tinggi ini telahpun terlihat dalam barisan pengundi Cina di Pilihanraya 13 . Mereka sanggup pulang dari jauh, dari luar negara dan dari lain-lain untuk pergi kemana juga mereka terdafar sebagai pengundi walaupun terpaksa menutup kedai dan meninggalkan perniagaan dan pekerjaan mereka.
Mereka berbaris panjang dalam kebangkitkan semangat "Kali inilah untuk Malaysian Malaysia."
Perhimpunan yang didakwa kehadirannya 500,000 orang Cina di Kuala lumpur pada 30 Ogos lalu adalah perang sarap untuk meyakinkan orang Cina bahwa mereka tetap mempunyai kekuatan untuk melakukan satu lagi Tsunami Cina pada Pilihanraya ke 14.
" Kali ini kita betul-betul boleh bersihkan kuasa Melayu sekalipun tanpa Pas dan Anwar Ibrahim." Inilah mesej Himpunan Bersih China4.
Orang Melayu tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti ini kerana mereka merasakan berada dalam keadaan selamat di bawah lindungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu yang dibelakangnya adalah polis dan tentera Melayu.
Cuma dalam keadaan sekarang orang Melayu merasa cemas,gelisah,bengong bimbang dan takut kerana berada di bawah tangan kepimpinan negara yang lemah dan tidak bersih tetapi mereka tetap percaya kekuatan akan dapat dipulihkan,UMNO akan kembali kukuh sekiranya pemimpin ditukar.
Sentimen ini menyeluruh dari segenap lapisan umat Melayu,dari rakyat di akar umbi di kampong-kampong,petani,nelayan, orang kampong, pelajar-pelajar,peniaga-peniaga hingga kepada pegawai tinggi kerajaan yang terasa mereka telah di demoralisekan dengan cara yang amat hina.Bagaimanapun mereka tetap nampak hanya UMNO penyelamat Melayu.
Sekiranya dalam keadaan krisis keyakinan ini, Pemuda UMNO atau lain-lain pihak mengambil kesempatan diatas sentimen rakyat untuk menghimpunkan mereka maka pastinya akan mendapat sokongan yang besar dari semata-mata untuk menentang Bersih4.
Dalam hal ini pembunuhan Mahsuri Kedua Langkawi Anina Saaduddin oleh UMNO boleh digunakan sebagai bantahan untuk mengembalikan Maruah UMNO dan Melayu yang pastinya akan mendapat sukongan dan dukongan dari anasir revolusi senyap dalam UMNO sekarang.
Anina sekarang dilihat sebagai wanita yang terinanya kerana dibuang dari UMNO semata-mata kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan UMNO yang melarang ahli membawa kes parti ke Mahkamah sedangkan banyak kes penyelewengan yang lebih besar dalam UMNO yang tidak diambil tindakan segera.
Revolusi Senyap yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang hanya menunggu tangan yang berani meledakannya.
Anina telah terlihat sebagai seorang wanita UMNO yang mewakili perasaan terpendam semua rakyat,bukan hanya ahli UMNO dan bukannya hanya suara Melayu tetapi melampaui batas kaum.
Anina sekarang menjadi Mahsuri Kedua Langkawi kerana dibunuh karier politiknya dengangopah gapah dan kejam oleh seorang yang bergelar Tunku tanpa perbicaraan yang adil demi untuk menyelamatkan Maharaja UMNO.Beliau tidak dipanggil untuk membela diri.
Jika Himpunan Maruah Melayu mahu mendapat sokongan Aninalah yang boleh menjadi pulling crowd dan jika perhimpunan membantah pembunuhannya diadakan atas thema Menebus Maruah Melayu kemungkinan besar ia akan disertai juga oleh perserta -perserta himpunan Bersih4 dan pastinya akan dihadhiri oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.
zamkata.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan