Ini Jawapan Putera Johor Pertahan Adiknya Yang Tidak Bertudung

Gambar Tunku Aminah dan Tunku Ismail yang diambil daripada Instagram milik putera Johor itu.
JOHOR BARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris.

Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris.

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir.

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris.
-mstar-

4 ulasan:

  1. kalau islam tutup aurat itu bezanya dengan orang kafir.

    BalasPadam
  2. perlahan2 insyaalah bila ilmu bertambah seiring hidayah mereka tetap ada ruang utk lebih baik

    jgnlah mencerca byk sgt kt mereka.. kita dulu pun ramai yg tidak bertudung awalnya

    bukankah kita ini menyampai bukan menghukum

    BalasPadam
  3. Harap Harusani Mufti Perak dapat memberi pencerahan.Ilmu kita rakyat jelata cetek

    BalasPadam
  4. Owh... baru tahu ari ni berselendang kemajlis2 dah dikira cukup baik wlau xtutup aurat. :) klau gitu Rosmah tu dah dikira terbaik sebab kehulu kehilir tak tinggal selendang tanpa menutup aurat.

    BalasPadam