MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR
Kamaruddin Jaafar, bekas MB Selangor sertai PKR Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PKR hari ini.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini sah menyertai PKR.
Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.
"Pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR.
"Datuk Kamaruddin akan perkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum PKR. Beliau juga berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada presiden PKR dan timbalan," katanya pada sidang media di pejabat PKR, hari ini.
Menurut Wan Azizah, Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.
Sementara itu, Kamaruddin pada sidang media sama melahirkan penghargaan kepada Pas yang telah memberi kepercayaan kepadanya sepanjang berada dalam parti itu.
"Kejayaan dalam pilihan raya sejak 1999 hingga selepasnya adalah hasil kerjasama erat antara parti pembangkang.
"Komitmen saya untuk terus aktif dalam PKR. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya ketika dalam Pas," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Taib berkata, PKR adalah parti paling tepat untuk pembaharuan dilakukan.
"Terima kasih sebab saya dipelawa masuk PKR. Negara perlukan pembaharuan dan PKR adalah parti yang baik untuk reformasi.
"Saya nak perkukuhkan PKR dan Amanah. Negara perlukan kerajaan alternatif yang baharu," katanya.
-sinarharian-
*Bila DR. Hatta dikatakan menyertai Parti Amanah beberapa hari lepas, berebut-rebut pemimpin PAS memberi komen tapi kes Datuk Kamaruddin Jaafar ni membuat pemimpin terkejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan