Wanita upah 20 samseng untuk balas dendam

Kuala Lumpur: Angkara dendam menyebabkan seorang wanita berusia 44 tahun mengupah 20 samseng membelasah seorang pemuda yang didakwa menganiaya anaknya.

Malah suspek turut mengupah seorang gadis untuk memerangkap mangsa dengan berpura-pura mahu menjual topi keledar di Pusat Reakrasi Taman Dato’ Keramat, di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Sabtu lalu, mangsa berusia 21 tahun dan bekerja sebagai ejen pelancongan bersetuju berjumpa gadis berusia 19 tahun yang menawarkan topi keledar itu.

Sebaik mangsa tiba di lokasi kejadian, seramai 20 lelaki membelasahnya dengan menggunakan kayu, rotan, buku lima dan batang besi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek merancang untuk membalas dendam kerana mendakwa mangsa menganiaya anaknya sejak setahun lalu
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan