Anggota bomba mengorek tanah bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki Bangladesh yang tertimbus dalam lubang di Jalan Nipah di ibu negara semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Bangladesh maut dalam keadaan berdiri selepas tertimbus dalam lubang sedalam tiga meter ketika melakukan kerja-kerja membaiki paip air di Jalan Nipah berhampiran bangunan Great Eastern di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 11.40 pagi, seorang lagi rakan senegara mangsa sempat menyelamatkan diri.
Mangsa yang terkorban berusia 30-an dan semasa kejadian mangsa dan seorang rakannya berada di dalam lubang yang digali mereka untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih saluran paip bawah tanah di kawasan tersebut.
Penguasa Kanan Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut, mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada timbusan tanah di dalam lubang itu.
“Pada mulanya kami mengorek tanah yang menimbus lubang itu menggunakan jentolak tetapi sebaik melihat kepala mangsa kami terpaksa menggunakan cangkul bagi mengorek tanah kerana bimbang mangsa mengalami kecederaan sekiranya kami menggunakan jentolak,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
-kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan