WFAUZDIN NS
NAJIB tidak perlu lagi bertahan dengan kuasa. Apabila sampai ke tahap institusi Raja pun sudah mula bersuara, tokoh-tokoh profesional, ahli-ahli perniagaan, apatah lagi tokoh-tokoh politik, dan paling jelas rakyat mahu Najib berundur, beliau tiada pilihan.
Samada Najib takut untuk bersara, beliau mesti turun dari pejabatnya di Putrajaya. Rakyat tidak mempersoalkan sangat siapa akan menggantikannya, yang penting Najib kena turun.
Peluang telah diberikan kepadanya untuk menjadi PM yang paling tidak pun lebih baik sedikit dari Pak Lah. Malangnya, Najib lebih teruk dari Pak Lah.
Negara merasa malu ada PM seperti Najib yang merupakan satu-satunya PM yang suka tabur wang tunai kepada rakyat melalui BRIM untuk mengatasi masalah rakyat. Nama negara begitu tercemar di luar negara.
Tiada negara di luar sana yang tidak tahu isu 1 MDB atau wang RM 2.6 Bilion di dalam akaunnya. Kisah pembunuhan Altantuya juga begitu hangat diperkatakan di dalam media-media asing. Sehingga kini tiada siapa boleh menjawab bagaimana Sirul, salah seorang yang didapati bersalah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya boleh berada di luar negara.
Siapa tahu, siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam? Tiada siapa yang tahu bahkan mahkamah juga tidak pernah diberitahu tentang itu.
Terlalu banyak yang boleh kita sebut sebagai bukti untuk menyatakan betapa pentingnya Najib turun dari takhta.
Jika kita benar-benar sayang kepada negara tercinta ini melebihi kasih sayang kita kepada Najib atau Rosmah, kita mesti bersedia untuk mendesak Najib dan Rosmah balik ke Pekan dan bersara. Negara ini bukan ditentukan oleh rakyat atau ahli-ahli Umno di Pekan sahaja.
Jika Tun Mahathir yang terkenal dengan kezalimannya di penghujung pemerintahannya pun menyebut Najib zalim, adakah kita mahu katakan Najib adalah PM terbaik?
Siapa patut ganti Najib? Jika ditanya kepada penyokong-penyokong Umno sekarang, sudah pasti masih ramai yang mahu Najib atas sebab-sebab ada kepentingan atau kejahilannya tentang berbagai isu di dalam negara ini.
Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mahu Muhyiddin, mantan Timbalan Presiden Umno yang juga mantan TPM diangkat sebagai PM.
Bagi kami di dalam Pakatan Harapan, pilihan terbaik kami adalah DS Anwar Ibrahim dan kami yakin Anwar akan membuat 'come back' secepat mungkin.~http://wfauzdin.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan