Saya tetap yakin Azmin mahu jatuhkan Wan Azizah – Chegubard

Mohamad Fadli
Badrul-Hisham-Shaharin,azmin-ali,wan-azizah
PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mempertahankan dakwaannya bahawa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, biarpun Azmin dan pemimpin PKR lain menafikan perkara itu, dia tetap yakin Azmin dan penyokongnya atau digelarnya Kartel Azmin merancang untuk memalukan Wan Azizah.

Katanya, Azmin boleh menafikan dakwaan itu sama juga penafian yang dibuat apabila dituduh melobi untuk menjadi Menteri Besar Selangor ketika krisis pada 2014.

“Azmin boleh nafi dan berikrar taat setia kepada Wan Azizah tetapi dibelakang tadbir dia lobi sehingga jadi Menteri Besar Selangor.

“Keadaan sama berlaku sekarang, Azmin boleh menafikan tetapi saya tetap percaya dia mahu memalukan Wan Azizah dan merampas kuasa,” katanya kepada FMT.

Chegubard berkata, jika Azmin tidak berniat memalukan Wan Azizah, mengapa perlu diadakan Mesyuarat MPP tergempar pada Ahad ini sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik atau Mesyuarat bulanan MPP.

“Kalau sekadar nak bincang atau ingin kukuhkan parti sepatutnya kamu tunggulah, Mesyuarat Biro Politik PKR, seminggu sekali atau mesyuarat MPP sebulan sekali.

“Kalau MPP mengambil keputusan ‘u-turn’ dan tidak menyokong Pakatan Harapan, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan