Phnom Penh: Seorang wanita yang mencurah ke kepala bekas kekasihnya ketika membonceng motosikal lelaki itu turut melecur teruk selepas bahan itu ditiup angin ke mukanya.
Tindakan Ung Limey, 21, bukan sahaja mencederakan bekas kekasihnya Leng Socheata, 23, tetapi lebih malang lagi, motosikal yang mereka naiki kemalangan selepas Ung bertindak mencurahkan asid itu.
Leng dibawa ke hospital manakala Ung melarikan diri sebelum polis tiba. Dia dipercayai mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Jurucakap polis daerah Prampi Makara Mok Borunchhorsak berkata: “Kami kini memburu wanita itu. Dia dipercayai mahu membalas dendam kerana ditinggalkan apabila hubungan tidak direstui keluarga mangsa.”
Media tempatan menyiarkan gambar Ung dengan wajah dibalut.
Bapa saudara Leng, Sok Sorin berkata, mereka memujuk lelaki itu meninggalkan Ung selepas wanita itu ditahan kerana mencuri barang kemas selain menagih dadah.
“Dia memutuskan hubungan namun beberapa hari kemudian Ung datang menemuinya dan mereka keluar dengan motosikal,” katanya.
Mok mengesahkan Ung pernah ditahan sebelum ini. - Agensi
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan