Beijing: Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman dulu kala apabila membawa lembunya ke bandar di Zhangye dan menawarkan penduduknya susu asli sebenar.
Strategi perniagaan lelaki itu nampaknya laris apabila penduduk Zhangye berpusu-pusu membeli susu asli diperah segar dari lembunya.
China News melaporkan ada penduduk tempatan lebih menggemari susu seperti itu berbanding yang sudah diproses dan dijual dalam kotak kerana menganggapnya lebih sihat.
Malangnya, pelbagai bakteria seperti Salmonela, E coli dan Listeria antara kuman yang mampu menjangkiti seseorang yang minum susu yang tidak dipasteur, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).
Mungkin petani dari Gansu ini mendapat idea untuk menjual susu lembunya selepas melihat kejayaan gembala kambing di wilayah Shaanxi yang membawa haiwan ternakan mereka ke Xi’an menaiki van untuk menjual susunya dengan harga 10 RMB (RM6.90).
Pengguna China tidak mempercayai jenama susu tempatan disebabkan pelbagai skandal dikaitkan dengan bahan minuman itu sejak beberapa tahun.
Seterusnya ini membuka ruang untuk usahawan yang kreatif membawa haiwan ternakan mereka ke bandar besar, malah ada juga yang terbang ke Australia semata-mata mahu membeli susu formula bayi untuk dijual semula di China. - Agensi
PETANI berkenaan memerah susu lembunya di tepi jalan raya.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan