Faiz Zainudin
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali memanggil Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sebagai ‘perempuan sial dan senget’ kerana memburukkan nama Perkasa dalam pertemuan dengan Presiden Barrack Obama baru-baru ini.
Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal berita yang melaporkan Maria Chin didakwa mengaitkan Perkasa dengan kegiatan ekstremis di negara ini.
“Kalau betul Maria Chin, dalam dia berhujah kononnya kerajaan mengizinkan ekstremisme dia sebut nama Perkasa kononnya kerajaan tidak ambil tindakan ke atas NGO yang ekstremis, dia nak ke suruh saya panggil dia perempuan sial.
“Saya hanya baca perkara itu melalui laporan sebuah portal. Saya bukan anti wanita, saya hormat wanita,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.
Ibrahim juga mempersoalkan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat yang mengaturkan pertemuan dengan Obama apabila hanya memilih NGO pro-pembangkang.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan pertemuan itu sebagai salah satu usaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.
“Kenapa Obama memilih untuk bertemu dengan NGO pro pembangkang, Saya rasa ini cara halus yang digunakan Amerika untuk menekan kerajaan Malaysia,” katanya.
-fmt-
Jangan le marah2 sikatak lompat,. Ko kn dah banyak mengutuk orang,. Sekarang Terima je la bahagian ko pulak,.
BalasPadam