Kucing selamatkan rumah tuan dipecah masuk

Subang Jaya: Bunyi bising seekor kucing peliharaan milik seorang kerani berjaya membongkarkan tindakan seorang pengawal keselamatan yang cuba memasuki tingkat lapan sebuah pangsapuri di Jalan Jubli Perak, Batu 3 di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun dikatakan sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi bising haiwan peliharaannya itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, curiga dengan bunyi itu, mangsa keluar memeriksa rumahnya sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali berada di balkoni kediamannya.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan