PAS akan berhenti melawan Umno dengan perasaan emosi dan amarah, sebaliknya menggantikannya dengan ilmu, iman dan kematangan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
PAS akan berhenti "melawan" Umno dengan perasaan emosi dan amarah, sebaliknya menggantikannya dengan ilmu, iman dan kematangan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Menulis posting di laman Facebook beliau, anak bekas mursyidul am PAS itu berkata, perubahan tersebut merupakan penambahbaikan dalam parti Islam itu, selaras dengan tuntutan Islam.
"Berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan.
"Itulah penambahbaikan dalam PAS melalui proses tajdid yang dituntut ugama. Dengannya, PAS akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara," kata Nik Abduh semalam.
Bagaimanapun, posting ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat banyak menerima komen negatif daripada orang ramai yang mempertikaikan kenyataannya itu.
Pengguna Facebook, Siti Fauziah Sh Ali menulis:"Tapi dengan Mat Sabu, dengan Salahuddin Ayub, dengan Khalid Samad, takda pula guna ilmu dan kematangan ya," merujuk beberapa nama bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Parti Amanah Negara.
Abdul Razak Nordin pula menulis:"Jangan lupa tuntut royalti minyak. Jangan kerana gencatan senjata sampai lupa nak tuntut royalti minyak. Hudud dah kena tipu. Jangan sampai kena tipu lagi. All the best."
Faeez Azahar pula menulis:"Mustahil sebelum ini, sejak penubuhan, PAS lawan Umno sebab emosi. Sekarang baru dengan iman ya?"
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menegaskan, parti itu bersedia berperanan sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
Kerjasama antara PAS dan Umno rancak diperkatakan akhir-akhir ini dengan yang terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno menawarkan kerjasama dengan parti Islam itu di Perhimpunan Agung Umno pada November.
Najib sekali lagi mengulangi tawarannya kepada PAS pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar bulan lalu.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan