Pengajian seorang pelajar Melayu dalam jurusan psikologi di Universiti Winnipeg, Kanada terjejas selepas ibunya mengetahui dia seorang gay dan ateis.
Hazim Ismail, 20-an, dibiaya oleh ibunya sehingga pendedahan gambar dia dan rakannya di bar gay di Winnipeg pada akhir tahun lalu.
Berikutan itu, Hazim yang mengalami gangguan personaliti membuka halaman GoFundMe pada November untuk mengumpul dana bagi meneruskan pengajiannya pada 2016.
“Saya bergelut dengan masalah gangguan personaliti dan selepas disisih oleh keluarga, saya hampir putus asa menghadapi cabaran hidup.
“Sebagai peyelesaian, saya meminta jasa baik orang ramai untuk menyumbang kepada saya melalui halaman yang diusahakan sendiri dan berjaya memperoleh $5,365 iaitu lebih daripada sasaran $5,000,” ujarnya.
Hazim memberitahu CTV Winnipeg bahawa dia berterima kasih dengan sokongan yang diberikan masyarakat Winnipeg kepadanya.
Universiti Winnipeg turut mengeluarkan kenyataan menyokong Hazim.
“Hazim seorang yang berani dan pintar. Kami berbangga dengan kehadirannya sebagai pelajar kami dan akan sentiasa memantau kempen GoFundMe dengan memastikan dia mampu menyempurnakan pengajian musim sejuk di sini,” petik kenyataan Universiti Winnipeg. – FMT / Blake Chen
-malaysiastylo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan