Kajang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila melihat anak perempuannya berusia 13 tahun berasmara dengan lelaki di dalam bilik di rumahnya ketika pulang seketika untuk mengambil barang dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 10.30 pagi, ibu remaja itu yang juga jururawat membuat laporan polis pada hari sama dan membawa anak perempuannya ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, hasil pemeriksaan mendapati remaja bawah umur itu dinoda oleh lelaki berusia 17 tahun yang juga teman lelakinya.
“Remaja perempuan itu mengenali teman lelakinya sejak dua tahun lalu dan sudah melakukan hubungan seks berkali-kali sejak November 2015.
“Teman lelaki remaja itu ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis dan kini direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui, pagi tadi.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan