Khairuddin dakwa Tengku Adnan guna gelaran 'Tengku' palsu

Faiz Zainudin
Khairuddin-Abu-Hassan
PETALING JAYA: Gelaran ‘tengku’ yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.

“Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran ‘tengku palsu’ tu?

“Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran ‘tengku’ palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.

“Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?,” soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.

Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai “tidak boleh pakai”.

“Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti ‘gergaji dua mata’.

“Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat ‘tengku palsu’ ni jangan cakap banyak,” tambah Khairuddin.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan