Warga emas 81 tahun tumpaskan dua perompak

Warga emas 81 tahun tumpaskan dua perompak
 William Hayhurst, 34, dan Erin Van Matre, 30
PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang warga emas berumur 81 tahun membuktikan usia bukan penghalang apabila berjaya menumpaskan perompak yang mencuri dompetnya.

Polis berkata, warga emas berusia 81 tahun itu mengejar, melanggar kereta perompak sehingga remuk sebelum pihak berkuasa berjaya menahan keduanya.

Memetik AP, semasa insiden, warga emas itu duduk di dalam keretanya di Mount Pocono sebelum didatangi oleh seorang lelaki dan wanita.

Semasa dia sedang bercakap dengan kedua perompak tersebut melalui tingkap yang terbuka, salah seorang dari perompak tersebut menyambar dompetnya dan melarikan diri dengan kereta.

Polis Wilayah Pocono Mountain berkata, mangsa kemudian mengejar kedua perompak tersebut dan melanggar kereta tersebut sehingga remuk dan meninggalkan kesan bagi membolehkan polis mencari kedua perompak tersebut.

Kedua-dua perompak tersebut berjaya ditahan selepas polis menemui kereta mereka yang remuk teruk itu di sebuah tempat letak kereta di deretan kedai runcit.

William Hayhurst, 34, dan Erin Van Matre, 30, akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak dan beberapa kesalahan lain.

Polis berkata, mangsa menjadi sasaran selepas melihat warga emas itu membawa sejumlah wang tunai ketika di sebuah farmasi.
sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan