Aedi Asri
PETALING JAYA: Laman portal The Malaysia Insider (TMI) akan menamatkan operasinya tepat jam 12 tengah malam ini.
Berita mengenai penamatan itu diumumkan oleh Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq dalam satu kenyataan yang disiarkan dilaman portal berkenaan hari ini.
Menurut Jahabar, pemiliknya The Edge Media Group membuat keputusan tersebut `atas sebab-sebab komersil’.
“Barangkali waktunya sesuai untuk kami berhenti pada permulaan (15 Mac). Saya berharap kami telah memberi khidmat yang baik sejak mula beroperasi pada 25 Februari 2008.
“Selamat tinggal kepada pembaca di mana jua anda berada, dan mereka di Malaysia yang tetap membaca kami walaupun dengan sekatan kerajaan,” kata Jahabar.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pembaca di atas setiap sokongan dan kritikan sepanjang operasi.
“Namun tugas kami di The Malaysian Insider telah tiba di penamatnya di saat Malaysia paling memerlukan kejelasan, ketelusan dan maklumat.
“Terima kasih kepada anda, di Malaysia dan seluruh dunia, dan mereka yang bersama kami sejak hari pertama atas sokongan dan kritikan sepanjang lapan tahun dan 18 hari yang hebat ini,” katanya.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan