Budak 12 Tahun Dari Taiping Tumbangkan Juara Dunia Muay Thai

Tranungkite
Malaysia mencipta kejutan di bumi Thailand selepas peserta Malaysia, Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A’Zamin mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia pada perlawanan akhir di Bangkok, semalam.

Lebih manis, kejayaan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering yang lebih mesra dipanggil ‘Khuntab Iskandar’ itu muncul selepas dia menewaskan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn juara dunia tiga kali, sekali gus menobatkan dia selaku juara pertama pada kejohanan julung-julung kali diadakan itu.

Bapanya, Mohamad Ezry A’Zamin Abdul Wahab ketika dihubungi BH Sukan mengakui terkejut selepas anak sulungnya itu menumbangkan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal lebih tinggi.

Ezry yang juga jurulatih Muay Thai berkata, kejayaan Iskandar merangkul gelaran dunia pastinya dapat menyuntik semangat anaknya itu untuk terus memperkembangkan bakatnya dalam sukan tempur terbabit dan membuka mata orang ramai untuk membabitkan diri dalam sukan itu.

Jadual ‘pertempurannya’ juga sudah dipenuhi hingga hujung tahun ini dengan Iskandar bakal menyertai kejohanan di Eropah yang pastinya menjanjikan cabaran yang besar sebelum ke Uzbekistan dan ke Indonesia pada hujung tahun nanti.

Tahniah daripada kami untuk Zulqarnain Ezry. Teruskan prestasi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan