FMT Reporters
PETALING JAYA: Sudah menjadi lumrah dunia apabila bergelar ‘public figure’ maka setiap perbuatan dan percakapan akan menjadi tumpuan ramai, tambah lagi jika melibatkan golongan selebriti.
Begitulah yang berlaku kepada selebriti tersohor, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta apabila purdah yang digayakannya mendapat teguran dan kritikan netizen.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu antara selebriti yang aktif memuatnaik status dan gambar-gambar di akaun laman sosial jadi tidak hairanlah jika Che Ta sering menjadi mangsa kecaman.
Terbaharu Che Ta memuatnaik gambarnya memakai purdah sebelum berangkat menunaikan umrah bersama keluarga.
Namun, niat baiknya itu menjadi sebaliknya apabila netizen mengkritik purdah yang dipakainya yang jarang dan menampakkan muka.
Purdah yang digayakan Che Ta itu agak berbeza dan lari daripada tujuan sebenar pemakaian purdah.
Kesannya, netizen menyamakan purdah yang penutup bahagian muka Che Ta itu dengan ‘spender french lace’ dan ‘spender roti jala’.
Ada juga netizen yang menegur Che Ta lebih mengutamakan berfesyen walaupun mahu mengerjakan umrah.
Apapun purdah Che Ta itu menjadi perbalahan dalam kalangan peminat dan ‘haters’ Che Ta sehingga ada yang memberi alasan pergaduhan itu kerana bosan dengan politik negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan