Stefania Dubrovina, 17, dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah pangsapuri milik seorang lelaki yang tidak dinamakan di bandar tersebut.
ST. PETERSBURG - RUSSIA. Gara-gara dendam dan cemburu, seorang kakak sanggup memotong telinga dan menikam adiknya sendiri sebanyak 140 kali, lapor portal antarabangsa, Metro.co.uk.
Stefania Dubrovina, 17, dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah pangsapuri milik seorang lelaki yang tidak dinamakan di bandar tersebut.
Difahamkan, Dubrovina dan kakaknya, Elizaveta, 19, berada di rumah itu bagi menghadiri parti tertutup sebelum serangan itu berlaku.
Sebaik sahaja lelaki itu keluar meninggalkan pangsapurinya, Elizaveta dikatakan mula menyerang dan mencederakan adiknya.
Elizaveta dikatakan mengorek mata, memotong telinga dan menikam adiknya berkali-kali akibat dendam yang tersimpan sejak sekian lama.
Dalam pada itu, ibu saudara kedua remaja terbabit berkata, kedua beradik itu telah melalui zaman kanak-kanak yang menakutkan.
“Hidup yang tidak menggembirakan (bagi keduanya) menyebabkan mereka berakhir seperti itu,” katanya.
-si
Tiada ulasan:
Catat Ulasan