ANGGOTA POLIS HISAP KEMALUAN TAHANAN

Malaysian Crime Watch
Pada 10/04/2016 jam lebih kurang 1.00 pagi, seorang pelajar berusia 15 tahun yang merupakan tahanan di Lokap Bersepadu Jinjang (mangsa) telah diarahkan oleh seorang anggota polis (suspek) untuk menyapu sampah di luar sel. Kemudian mangsa telah diberi rokok dan suspek arahkan mangsa menghisap rokok di lorong pili air.

Sewaktu mangsa menghisap rokok, suspek telah datang dan terus memegang kemaluan mangsa. Suspek kemudian melutut dan menghisap kemaluan mangsa dan turut menelan air mani mangsa. Kerana takut, mangsa membiarkan sahaja perlakuan suspek.

Setelah selesai, mangsa disuruh kembali semula ke dalam lokap. Mangsa kemudian menceritakan kejadian ini kepada Pegawai Penyiasat kesnya dan disuruh membuat laporan polis.

Hasil siasatan awal polis, terdapat lagi dua mangsa lain yang hampir sama kejadian seperti ini melibatkan suspek yang sama. Namun dua mangsa lain itu hanya disuruh melakukan onani di hadapan suspek.

MyWatch menggesa PDRM segera menahan suspek yang terlibat kerana tindakannya langsung tidak ada dalam SOP. Malah tindakannya mencemarkan integriti PDRM. Juga sekalung syabas kepada Pegawai Penyiasat yang memberikan kerjasama kepada mangsa dan menasihatkan mangsa membuat laporan polis. Ketelusan Pegawai Penyiasat sebegini wajar mendapat pujian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan