Lagi kes Mat rempit terkencing ketakutan apabila ditahan polis (Gambar)


Kuala Lumpur: Mat rempit terkencing dalam seluar ketika ditahan selepas melarikan diri dalam operasi Op Roda oleh Polis Trafik Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, 11.30 malam tadi.

Ketika disoal siasat, lelaki berusia 20 tahun itu mengaku ketakutan sehingga terkencing kerana tidak memiliki lesen memandu dan kad pengenalan.

Hasil tinjauan Harian Metro turut mendapati pemandu kereta yang tidak memiliki lesen memandu berpura-pura bisu meminta simpati supaya tidak disaman.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya mengeluarkan 216 kertas saman secara bersemuka dan melalui Borang POL 257 kepada pesalah jalan raya.

"Sebanyak 40 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu manakala 30 saman dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh.

“Lain-lain kesalahan adalah seperti tidak mempunyai cukai jalan, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ, gagal menampal ‘P’ dan ‘L’," katanya.

Katanya, 17 motosikal pelbagai jenis turut disita dalam operasi selama satu jam yang berakhir pada 12.30 tengah malam
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan