PANAS!! Anak Speaker Johor buat pendedahan terbaru


PETALING JAYA: Selepas mencetuskan kontroversi kononnya wujud gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli UMNO, Shukur Mohamad tampil membuat pendedahan terbaru.

Kali ini, Shukur yang merupakan anak Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz mendakwa, pemimpin UMNO Bahagian Pagoh ditawarkan RM500 setiap seorang bagi menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada FMT, Shukur bagaimanapun enggan mendedahkan senarai penuh pemimpin yang terlibat sebaliknya, menunggu waktu yang sesuai untuk membuat pengumuman.

“Saya keluarkan (senarai nama) setelah saya susunkan nama-nama mereka yang menerima RM500 setiap seorang semasa mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan kepada Tan Sri Muhyiddin yang dibuat di Pagoh,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pemimpin UMNO, Bahagian Pagoh tampil menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan pengerusi BN, sekaligus menolak dakwaan kononnya bahagian itu sebulat suara menyokong Muhyiddin.

Gerakan yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu dibentuk khusus bagi memastikan parti bahagian tersebut sentiasa bersama dengan kepimpinan pusat.

Mengulas penafian yang dibuat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kononnya mereka tidak terlibat dengan gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled, Shukur berkata, mereka boleh berbuat demikian, namun kebenaran mengenai gerakan tersebut akan terungkai nanti.

“Penafian boleh terus mereka (siapa pun mereka) buat demi kelangsungan politik mereka, saya tidak mahu komen akan apa sahaja penafian yang dibuat oleh semua timbalan menteri terbabit, apa yang saya ingin tekankan adalah, cerita saya masih belum habis,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan