Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial.
Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga,
“Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana.
“Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ,”katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang.
Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang belajar pondok di Kedah.
Menurut ibu mangsa pula, Saripah Kassim, 54, bunyi ETS yang hari-hari didengar kini merupakan sesuatu bunyi yang membawa igauan ngeri kerana jarak jarak rumahnya dengan landasan tren hanya 50 meter dan dia sekeluarga boleh mendengar dengan jelas bunyi tren yang lalu antara tiga hingga empat kali sehari.
“Sebulan sebelum itu arwah ada membuat catatan di Facebook mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian,” katanya menceritakan tanda-tanda pemergian arwah.
Pada petang 15 Mei lalu, Afendy yang baru selesai solat Asar telah melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan.
Namun beliau tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke Kuala Lumpur menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer.
Saripah berkata ketika kejadian, dia ada urusan di Padang Sera dan Afendy berada bersama seorang lagi anaknya, Nurjannah, 15, serta nenek mereka.
“Ketika kejadian, tok (nenek) dia kelam kabut terus pergi tengok dan panggil Nurjannah datang. Lepas itu panik tak tau nak buat apa, telefon Hajar di Alor Setar,” katanya.
Dari pemerhatian kami, video-video kemalangan arwah dilihat sedang bermain di media sosial, ramai yang mengatakan beliau membunuh diri kerana dilihat berdiri tegak ditangah landasan ketika kejadian.
Namun penjelasan seorang pengguna Facebook ini boleh diguna pakai.
Ini kerana perkhidmatan ETS ini setahu admin berdasarkan apa yang rakan dari KTMB pernah cerita, landasan akan mengalirkan arus elektrik voltan tinggi jika tren ETS melaluinya dengan jarak 300 meter ke depan dan 300 meter ke belakang landasan, betul ke tak pihak KTMB lebih arif.~amazingnara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan