Dato Husam Musa perlu bekerja dari sekarang, membina Kelantan Baru

Md Zulaimi Kazin
Rasanya DHM tak perlu gelojoh menyertai mana-mana parti politik tetapi dia kena memimpin semua parti pakatan pembangkang di Kelantan bersama NGO yang ingin melihat lahirnya Kelantan BARU. Kenapa Dato Husam?

Pengalaman Dato Husam berada dalam kerajaan Kelantan sebagai Exco kanan yang bertanggngjawab dalam kewangan dan ekonomi sudah tentu faham dan tahu punca hasil Kerajaan yang boleh dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan negeri. AMANAH, PKR,DAP, PASMA dan lain-lain NGO bersama DHM perlu merangka blueprint dari sekarang apa yang nak dilakukan untuk menjadikan Kelantan dengan wajah baru. Sudah boleh mencari calon yang terbaik dikalangan Ulamak dan Profesional untuk mewujudkan pasukan terbaik kepada rakyat Kelantan, kumpulan yang boleh perah otak untuk membangun Kelantan dari semua segi...PEMBANGUNAN JASMANI DAN ROHANI bukan MEMBANGUN DENGAN ENAIKKAN BANER RETORIK seluruh ceruk Kelantan.
RAKYAT dah betul-betul muak dengan macam-macam retorik. Perlu jadikan Kelantan sebagai negeri pertanian moden macam Thailand sebab Kelantan tidak mempunyai lebuhraya yang baik untuk dibangunkan industri. Pertanian boleh dijadikan hasil utama negeri dengan keluasan kawasan tanah pertanian mampu dibangunkan secara komersil BUKAN menaikkan banting "BERTANI ITU SATU IBADAH" dan Dato Husam adalah seorang yang minat dalam pertanian. bagaimana kalau Kelantan menjadi pembekal utama lembu Korban untuk Malaysia, membekalkan ayam siap proses HALAL ke seluruh negara, ternakan kambing, Pertanian Padi organik dan banyak lagi.

Pendidikan aliran agama yang berjaya menobatkan Kelantan sebagai negeri yang melahirkan ramai pelajar cemerlang perlu digandakan. Mengapa dalam sambutan hangat ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah agama di kelantan suatu masa dulu kita tidak bangunkan sekolah berasrama penuh SWASTA sebagai menambhakan lagi daya saing produk pendidikan yang dihasilkan di Kelantan yang perlu dimasukkan dalam PROJEK KELANTAN BARU nanti.

Kelantan juga terkenal dengan aneka makanan yang menarik dan sedap. maka PROJEK KELANTAN BARU juga perlu memikirkan bagaimana membangunkan industri makanan sejuk beku makanan Kelantan untuk dipasarkan dalam negara dan luar negara.

Banyak lagi untuk mengisi kekosongan yang tidak diisi oleh pemerintah Kelantan sekarang ini. mereka lebih sibuk bagaimana untuk membunuh musuh politik, siang malam itu yang mereka mampu fikir, masa depan negeri dan rakyat tidak penting sebab mereka seolah-olah yakin rakyat akan terus beri undi pada mereka, kalau telahan itu benar, mereka akan selamat dalam PRU14.

Sekali lagi ditegaskan Husam tak perlu terburu-buru menyertai mana-mana parti tapi dia MESTI mengetuai satu kumpulan untuk membina KELANTAN BARU sebab rakyat nat tengok Kelantan baru selepas zaman pemerintahan Tok Guru. Pas pecat Husam itu hak Pas tapi rakyat perlukan Husam untuk pimpin Kelantan Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan