YUNLIN - TAIWAN . Seorang lelaki dipenjara selama 2,350 tahun oleh mahkamah majistret di sini kelmarin setelah didapati bersalah mencabul dan merogol tiga anak perempuannya antara tahun 2008 hingga 2014.
Dalam pengakuannya di hadapan hakim, tertuduh mengaku mula mencabul anak perempuan sulungnya berusia sembilan tahun sejak tahun 2008.
Dua tahun kemudian, dia bertindak merogol anaknya itu dengan purata dua kali seminggu.
Bermula tahun 2012, tertuduh turut didapati mencabul dan merogol anak perempuan keduanya yang ketika itu baru berusia 10 tahun.
Setahun kemudian, dia sekali lagi melakukan perbuatan yang sama terhadap anak perempuan ketiganya yang berusia lapan tahun.
Setelah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anaknya itu,mahkamah diberitahu bahawa tertuduh didapati mencabul dan merogol anak-anak kandungnya itu sekurang-kurangnya 300 kali sepanjang enam tahun.
Perbuatan keji yang dilakukan lelaki yang bekerja sebagai pengutip barang-barang buangan ini terbongkar pada November tahun 2014 setelah anak perempuan keduanya itu mengadu kepada guru sekolah.
Mengikut keputusan mahkamah, tertuduh sepatutnya dihukum penjara selama 2,350 tahun berdasarkan jumlah kesalahan yang dilakukan. Bagaimanapun, mahkamah hanya mengenakan hukuman maksimum, iaitu penjara selama 30 tahun ke atas tertuduh yang berusia 56 tahun itu.
Ketika polis menggeladah di rumah tertuduh, didapati banyak VCD lucah dan kondom yang disimpan dalam bilik tidurnya.
-sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan