Miri: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila berbogel di pekarangan pasar raya e-Mart, jam 5 petang kelmarin.
Wanita berusia 30-an itu bersandar pada kereta lebih setengah jam dan membiarkan orang ramai merakam gambarnya.
Sumber berkata, wanita terbabit sudah berumahtangga dan polis tiba tidak lama kemudian selepas dimaklumkan orang awam.
“Anggota unit kereta peronda (MPV) membawa wanita itu ke Hospital Miri.
“Difahamkan, wanita terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga namun punca sebenar masih disiasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
“Wanita itu dirawat di Hospital Miri atas permintaan suaminya,” katanya.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan