KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan desas-desus ingin meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden PAS susulan masalah dalam parti.“Saya sebenarnya malas hendak layan berita bohong ini. Saya pun tidak pasti siapa yang membuat fitnah tersebut dan apa motif mereka.
“Tapi tidak apalah, nanti mereka akan jawab di padang mahsyar dakwaan yang mereka lemparkan itu,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.
Tuan Ibrahim menjawab dakwaan mahu melepaskan jawatan susulan isu dana RM90 juta yang didakwa disumbangkan oleh Umno kepada parti Islam.
Beliau bersama barisan pemimpin PAS baru saja selesai mengadakan perbincangan bagi merangka strategi pilihan raya umum, tambahnya.
“Saya tiada masalah bekerjasama bersama kepimpinan PAS... Malah, kami seronok berada dalam pasukan yang penuh ukhuwah dan semangat jihad tinggi bagi mendaulatkan Islam di negara ini,” katanya lagi.
PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Sarawak Report yang memuatkan tulisan mendakwa dana RM90 juta itu diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan