MALAYSIA DATELINE
"Saya tidak rasa sedih, terkejut, bimbang, marah atau apa-apa. Ini perkara biasa. Kata pepatah alah bisategal biasa," ujar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.
Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.
Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.
Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah seperti dilapor Malaysiakini har ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan