FMT Reporters
GEORGE TOWN: Seorang lelaki disebut dengan hos getah kerana menghina seorang “Datuk” yang meninggal dunia di Facebook, lapor The Star.
Video aksi itu menjadi viral dan menarik perhatian polis yang bergegas ke lokasi kejadian iaitu sebuah rumah urus mayat.
Polis berjaya menyelamatkan lelaki bertatu itu dan menangkap penyerangnya pada Jumaat malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Senior Asisten Komisioner Zainol Samah memberitahu The Star siasatan awal mendapati mangsa disebat kerana menghina seorang “Datuk” yang meninggal dunia di Facebook.
Kebetulan, kejadian itu berlaku sehari selepas Pulau Pinang menyaksikan seorang peniaga Datuk Ong Teik Kwong dan 7 yang lain ditembak. Teik Kwong dan 2 orang lagi terbunuh, manakala yang lain cedera.
Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian sebar itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan Teik Kwong.
Menurut The Star, Zainol berkata polis menyelamatkan lelaki itu selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
Mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat laporan, dan polis kemudiannya menangkap si pemukul dalam video itu.
Video sepanjang 1.42 minit itu menunjukkan mangsa dibuka pakaiannya, berbaring di lantai dan disebat 47 kali. Mangsa disebat selepas menjawab “ya” ketika ditanya dalam bahasa Hokkien sama ada mengenali “Datuk” itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan