Seperlima Israel terbakar

SUBKY LATIF
SEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti. Saya balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel. Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya.

Beberapa hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah Israel.

Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel. Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai.

Kemudian ditayangnya beberapa slot kebakaran di Israel itu. Api menjulang di sana sini. Asap hitam tebal berkepul-kepul di lokasi-lokasi terbakar. Gerunnya api yang menjilat-jilat bagai menyaksikan suasana dalam neraka.

Jika jerebu teruk berhari-hari gara-gara kebakaran di Sumatera sudah menyesakkan nafas kita. Tidak tahu betapa deritanya manusia di tengah selubung asap pekat di setiap lokasi kebakaran Israel itu.

Perbandaran yang nahas itu adalah yang ketiga besar di Israel. Api mudah merebak ke lebih 120 lokaliti disebabkan kawasan sekitar penuh pertanian. Tiada berita kematian tetapi mangsa yang dikejarkan ke hospital ramai. Mungkin tidak ramai terkena api tapi lemas asap saja sudah cukup menjadi hospital sesak.

Berita amaran itu sudah cukup besar justeru melibatkan seperlima dari negara haram itu.

Ia bencana. Bencana ada sebabnya. Gara-gara kezaliman pemerintah dan masyarkat, menentang Allah dan rasul-rasul dan lain-lain. Kekejaman rejim dan rakyat zionis tiada taranya di dunia. Semua bentuk perikemanusiaan dilanggarnya. Selain dari penindasannya kepada rakya Palestin sepanjang kewujudan negara itu ia adalah ancaman besar kepada penganut agama Allah dan manusia seluruhnya khususnya berjiran dengannya.

Kezaliman umat terdahulu habis Allah binasakan seperti kaum Nuh, kaum Aad, kaum Samud dan kaum Luth. Kekejaman kaum zionis ini tidak dibinasakan sedemikian kerana rahmat mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Allah berjanji kepada Nabi, umatnya tidak dibinasakan demikian, tetapi tiada jaminan bala atas onar mana-mana masyarakat.

Bala di Israel itu besar, tapi mugkin kecil dibandingkan maksiat umat terdahulu. Dipercayai kebakaran iu adalah jawapan segera dari Allah atas derhaka mengharamkan azan. Israel bunuh warga Palestin dan umat Islam. Bakar rumah, ladang dan harta Arab. Rampas tanah dan usir tuan tanah, jenayah itu adalah terhadap manusia.

Tetapi sekatan azan adalah perang terhadap Allah. Kebakaran atas seperlima buminya adalah kecil dan amaran awal. Jika amaran ini tidak diinsafi, Israel akan terbakar seluruhnya, tinggal Yahudi di luar Israel saja dan kembali merempat di serta dunia.

Ia bala bagi kaum zionis. Tapi jangan umat Islam gembira atas bala menimpa mereka. Kita bersedih sama seperti bersedihnya Nabi-Nai Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim dan Luth atas bala yang ditimpakan kepada umat masing-masing.

Semua bala dan laknat itu bukan untuk dipestakan, tetapi ada untuk diinsafi.

Manusia termasuk nabi-nabi tidak dapa mengajar musuh-musuh Allah itu. Hanya Allah dapat mengajarnya. Maka ia mengajar semua untuk membesarkan Allah dan membenci kezaliman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan