Dipenjara 45 tahun, 30 sebatan kerana merogol adik kandung hingga melahirkan anak


Tertuduh dibawa ke luar mahkamah sesyen
KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 45 tahun dan 30 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, kerana merogol adik kandung hingga melahirkan anak.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 23 tahun dari RPT Mengkebang, Kuala Krai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin.

Tertuduh mengaku tiga kali merogol adiknya di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Gong Datok, Pasir Puteh.

Setiap kejadian rogol itu berlaku pada jam 12 tengah malam dalam Februari dan April 2015, ketika mangsa berusia 15 tahun serta Mac 2016 ketika mangsa berusia 16 tahun.

Perbuatan itu terbongkar selepas adiknya melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu.
-sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan