Jakarta – Seorang isteri pegawai kanan polis dirakam menampar muka seorang pengawal keselamatan sebuah lapangan terbang di negara itu.
Perbuatan wanita itu mengundang kecaman sebahagian besar pengguna media sosial selepas rakaman mengenainya tular.
Video yang dirakam seorang awam menunjukkan, Joice Warouw, isteri pegawai atasan polis Indonesia berpangkat brigadier berang apabila diminta meletakkan jam tangannya pada mesin pengimbas di Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Sulawesi Utara.
Berpakaian serba hitam dan bercermin mata gelap, Joice dilihat menyerang pengawal berkenaan sementara anak perempuannya cuba mententeramkannya.
Rakaman menggunakan telefon bimbit itu mendapat liputan meluas di seluruh Indonesia dan wanita berusia 46 tahun itu dilapor mula disiasat oleh polis.
Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi turut mengecam tindakan wanita terbabit.
Polis tempatan mengesahkan mereka menyoal siasat Joice selepas menerima dua aduan.
Dalam pada itu, polis Indonesia mengesahkan wanita berkenaan isteri seorang pegawai kanannya
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan