Dalam kehidupan ini ada yang susah dan ada yang senang, bagi yang senang mungkin satu kelebihan, senang untuk menjalani kehidupan harian, namun bagi yang susah sudah pasti begitu banyak rintangan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi berkeluarga.
Terbaca pagi ini kisah yang agak menyentuh hati, kisah yang dikongsikan oleh Puan Vivi Sumanti tentang empat orang adik beradik yang hidup dalam kesusahan berkeliaran mencari makanan di rumah jiran.
"Anak berkeliaran di malam hari... Rumah gelap gelita tanpa letrik.. Ibu bapa entah kemana..ketika kak V melalui Jalan Besut, Terengganu... teringat satu keluarga yang tidak mempunyai letrik hampir 2 bulan.. mereka tinggal bergelap tanpa sebarang cahaya kecuali lilin..
Sebelum ni cerita budak-budak ini kelaparan... mengetuk rumah jiran untuk mencari makanan..terdetik dalam hati untuk singgah rumah mereka.
Ketika melalui rumah mereka di Kampung Beris Lampu Besut, kak v melihat rumah masih gelap.. bila kak v berhenti bertanya jiran.. empat beradik ini menumpang menonton tv dan cahaya lampu dirumah jiran.. sambil menunggu ibu nya pulang membawa makanan.. terkadang ada makanan yang dibawa balik oleh ibunya, tapi ada jugak tangan kosong.
Mereka berempat mendakwa tidak makan seharian.. bertanya kak V pada yang bongsu...adik bongsu ibu bawa sebab demam.
Begitulah kisah rutin harian 5 beradik.. bapa rosak dik *** ****, ibu tidak ada pendapatan, malam hari berkeliaran mencari makanan... mengetuk rumah-rumah jiran... mencari sisa makanan.
Bagaimana kesudahan nasib anak-anak ni... yang sulung berusia 13 tahun, bongsu setahun lebih... mereka tidak kesekolah kerana kemiskinan."
Alhamdulillah, dengan pendedahan kisah sebegini harap dapat membantu mereka, kita tidak perlu salahkan sesiapa, mereka juga mungkin telah menerima bantuan dari pihak berwajib tapi kita tahu, jika belum, pendedahan seperti ini sudah pasti dapat membantu pihak berkuasa menjejaki mereka.
Kita sebagai jiran atau orang awam, jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa, bukan hanya tunggu mencari kesalahan. - Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan