Murid Tahun 1 meninggal dunia dibelasah rakan sekolah

Bernama
SIBU: Murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu petang semalam dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.

Mangsa dikatakan ditumbuk di kepala dan disepak di badan sambil mulutnya ditutup dengan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.

“Mangsa cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah di asramanya malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

“Seorang murid ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menduduki peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

1 pasukan khas diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan