Polis telah menahan seorang lelaki berusia lewat 40-an yang dikatakan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada suspek menghadapi gangguan mental, lapor Utusan Online.
“Pada 21 Oktober lalu, polis telah dapat maklumat awam bahawa terdapat seorang lelaki telah merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan Restoran Ghulam Rasul di sini.
“Terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian ini yang disebarkan.
“Hasil siasatan telah membawa kepada tangkapan suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau. Suspek dipercayai merupakan seorang gelandangan,” beliau dipetik sebagai berkata di Teluk Intan hari ini.
Suspek dilapor direman selama tujuh hari sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan