Aksi tidak senonoh pasangan kekasih dirakam


Sepasang kekasih dirakam melakukan hubungan seks di balkoni rumah mereka yang menghadap ke pusat bandar.

Orang ramai yang melihat adegan memalukan tersebut bersorak sebaik sahaja mereka bergerak masuk ke dalam rumah.

Pasangan tersebut nampaknya tidak peduli dengan orang ramai yang berkumpul di bawah sambil melihat aksi mereka dalam kejadian itu yang berlaku di siang hari.

Dalam video yang dirakamkan oleh jiran yang tinggal bertentangan rumah mereka, salah seorang daripada mereka berkata: “Mereka langsung tak peduli”.

Wanita yang tidak dikenali itu pada mulanya kelihatan sedikit enggan untuk melakukannya, tetapi akur apabila teman lelakinya tetap meneruskannya walaupun disaksikan orang awam di Buenos Aires, Argentina.

Ini adalah kali kedua dalam masa beberapa bulan video yang menunjukkan pasangan melakukan seks di khalayak ramai di Buenos Aires tular.

Pada Oktober, rakaman CCTV tersebar menunjukkan satu pasangan melakukan aksi sama di pintu.

Selepas itu, satu laporan tempatan mendakwa: “Pembaca kami akan membuat kesimpulan mereka sendiri, tetapi wajar ditambah bahawa video ini hanyalah satu contoh kecil mengenai apa yang berlaku setiap hujung minggu di Buenos Aires dan bahagian lain di negara ini.”

Polis telah membuat beberapa tangkapan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana berkelakuan tidak senonoh secara terbuka.

Tahun lalu seorang wanita telah dirakamkan melakukan seks dengan teman lelakinya di siang hari di luar kelab malam di Zarate, sebelum bertekak dengan polis yang mahu menahannya.

“Saya tidak akan berhenti kerana saya tidak mahu melakukannya.

“Ini teman lelaki saya dan saya melakukannya di mana saya mahu. Kalau kamu mahu, saya akan melakukannya di depan kamu.

“Kamu tak boleh tahan saya kerana ini.”

Mereka akhirnya ditangkap atas kesalahan melanggar kesopanan awam dan dibawa ke balai polis untuk dikenakakan tuduhan. -mirrorUK
-kualalumpurpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan