Jika benar PAS bukan lawan Amanah kenapa pemimpin-pemimpin PAS setiap hari ratib Amanah pengkhianat

'Buat malu jika PAS lawan AMANAH'

PAS tetap menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) bukan lawan mereka dalam politik tanah air.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata kewujudan AMANAH tidak membawa sebarang erti kepada parti Islam itu.

"AMANAH bukan lawan kita, buat malu dekat orang jika lawan dengan dia," katanya dipetik Sinar Harian ketika ceramah Keadilan Untuk Memali di Madrasah Islahiah, Baling malam tadi.

Menurutnya, AMANAH tidak perlu dilayan kerana ia hanya membuatkan parti itu 'perasan' hebat.

"Jika kita lawan dia (AMANAH), dia itu ada rasa macam hebat sangat," katanya.

AMANAH ditubuhkan oleh pemimpin PAS yang keluar dari parti Islam itu selepas muktamarnya pada 2015.

AMANAH kemudian menyertai PKR dan DAP untuk membentuk gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ini berikutan perpecahan Pakatan Rakyat pada awal tahun itu, selepas DAP dan PAS memutuskan kerjasama berikutan pertikaian mengenai undang-undang hudud.
-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan