Banduan potong kemaluan sendiri

Seorang banduan di salah sebuah penjara paling terkenal di Britain dilaporkan telah memotong kemaluannya dengan pisau selepas khayal mengambil dadah Spice.

Banduan yang tidak diketahui identitinya itu hampir mati selepas mencederakan diri sendiri di penjara Kategori A di Wakefield, West Yorkshire, yang telah digelar ‘Monster Mansion’.

Banduan yang dikatakan berusia awal 30-an itu terpaksa menghabiskan berminggu-minggu menjalani pembedahan di hospital selepas memotong zakarnya, menurut Daily Star Ahad.

Kecederaan yang mengerikan itu didedahkan ketika Hakim Kristina Harrison memberitahu mahkamah di Timur Laut tentang bahaya pengambilan dadah Spice.

Sumber penjara berkata penghuni yang khayal akibat Spice telah menyebabkan kecederaan yang mengerikan kepada diri sendiri, termasuk menggigit lidah dan menoreh wajah mereka.

Sumber itu berkata pegawai penjara perlu dihantar ke rumah setelah menghidu dadah itu, sementara individu yang mengambilnya akan menjadi ‘zombi’.

Dadah tersebut, yang dikatakan mempunyai sama kesannya dengan ganja, telah diharamkan pada tahun 2016 tetapi masih menjadi masalah di penjara UK.

Statistik Pejabat Dalam Negeri telah menunjukkan bahawa hampir dua pertiga rampasan dadah di penjara adalah berkaitan dengan Spice, yang lebih murah berbanding tembakau dalam penjara yang merupakan kawasan larangan merokok.

Angka dari penjara menunjukkan bahawa 79 orang yang disyaki menggunakan Spice atau ‘bahan psikoaktif baru’ yang hampir sama degannya mati di penjara antara bulan Jun 2013 dan September 2016.

Suspek telah hadir ke mahkamah dalam keadaan tidak berkemampuan akibat penggunaan dadah tersebut, sementara 16 pegawai penjara di County Durham terpaksa direhatkan tahun lalu setelah terhidu asap Spice dari sel-sel tahanan.

Penjara keselamatan di Wakefield itu digelar ‘Monster Mansion’ kerana para penghuni berbahaya yang ditahan di situ, seperti tawanan perang Charles Bronson dan pembunuh bersiri Robert Maudsley.

Penghuni lain di Wakefield telah termasuklah pembunuh kanak-kanak Stuart Hazell, dan pembunuh bersiri GP Harold Shipman, yang meninggal dunia di penjara pada tahun 2004. – mailOnline
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan