Pemain ragbi New Zealand gembira peluk Islam

Sonny Bill Williams
PEMAIN ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009.

Melalui akaun di laman Twitter dan Instagram, Williams mengatakan beliau dipandu seorang sheikh untuk melawat beberapa lokasi, antaranya Kaabah dan Masjid Al-Nabawi.

"Rasa sangat seronok dapat melawat Masjid Al-Nabawi di Madinah," kata Williams di Instagram.

Williams sebelum ini ditemuramah Mail Online dan menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam.

"Saya bangga menjadi orang Islam. Saya dapat rasa kegembiraan dan ketenangan yang telah lama saya cari.

"Sebelum saya memeluk Islam, saya tinggal di Toulon dan selalu risau dengan benda remeh-temeh. Kemudian saya berjumpa dengan satu keluarga yang berasal dari Tunisia dan mereka selalu belanja saya sarapan.

"Mereka tidak minta apa-apa dari saya dan cuma meminta panduan dari Allah S.W.T. dan itu membuatkan saya terfikir," akhiri Williams.

Berdasarkan kapsyen-kapsyen dalam foto dan video lain, Williams dijangka melakukan umrah tidak lama lagi.
-sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan