Video lucah wanita dewasa dan dua budak sekolah disiasat

Rakyat Indonesia digemparkan sejak seminggu lalu dengan penyebaran video lucah membabitkan seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak sekolah yang kini tular di media sosial.

Sehubungan itu, pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan siasatan mengenai pelaku dan dalang di sebalik penyebaran video berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, video berdurasi selama satu jam 11 minit itu memaparkan aksi wanita pedofilia itu dan dua kanak-kanak lelaki, yang dipercayai dirakam di kota Bandung.

Satu adegan menunjukkan wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan budak lelaki pertama, sementara satu lagi adegan memaparkan aksi wanita itu bersama murid sekolah berkenaan dan seorang lagi kanak-kanak lelaki lain.

Dalam video itu mereka didengar bercakap dalam bahasa Sunda iaitu bahasa ibunda untuk majoriti penduduk Jawa Barat.

Pihak polis percaya video itu turut melibatkan individu dewasa lain iaitu seorang lelaki yang dipercayai mengarahkan dan merakam adegan berkenaan.

Identiti individu dalam video itu setakat belum dikenal pasti, tetapi polis telah menemui dua hotel di mana video tersebut dirakam dan menyoal siasat kakitangannya.

Pegawai tinggi polis daerah Jawa Barat, Surya Fana dilapor berkata pihaknya sudah menyerbu kedua-dua hotel tersebut dan memeriksa rekod tetamu.

"Kami sudah selidiki dua hotel di Bandung, dan bilik di dua hotel itu menyamai bilik dalam adegan video tersebut," ujar Umar seperti dilapor media tempatan.

Laporan lain menyebut polis percaya video lucah itu dirakam pada bulan November lalu.

Polis bagaimanapun masih belum mengenal pasti siapa yang mula-mula memuat naik video itu dalam talian.

Jika sabit kesalahan wanita terbabit dan individu dewasa yang merakamkan aksi lucah itu boleh didakwa kerana melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Mereka juga mungkin didakwa melanggar undang-undang anti-pornografi yang ketat di Indonesia.
-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan