Bekas Anggota tentera sekolahkan Hishamuddin

KAMI TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN RASIS SEPERTI ANDA

Saya harap Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan membaca dan mendengar apa yang saya katakan dengan benar-benar teliti.

Semalam, Hishamuddin menuduh Persatuan Patriot Kebangsaan sebagai rasis, saya menuntut anda memohon maaf kepada kami kerana bukan kami yang rasis tetapi anda. Masih ingatkah anda sewaktu anda menjadi Ketua Pemuda Umno? Anda menghunuskan keris, menjulangnya ke udara dan menuntut darah Cina? Bukankah itu rasis dan berbahaya? Polis sepatutnya menahan anda di bawah ISA, masukkan anda ke dalam penjara dan buang kuncinya. Kami tidak memerlukan seorang yang rasis seperti anda memimpin negara pelbagai kaum ini. Sekarang disebabkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, anda tidak malu untuk bercakap mengenai hasrat meningkatkan jumlah anggota bukan Melayu dalam Pasukan Keselamatan. Sesuatu yang kami dah dengar banyak kali sejak beberapa tahun dahulu.

Biar saya beritahu anda dan puak-puak Umno yang lain…TIDAK ADA SEBARANG KONFIK ATAU SENTIMEN KAUM DALAM KALANGAN ANGGOTA TENTERA. Kami telah melalui latihan berpasukan yang keras malam dan siang selama enam bulan untuk lain-lain pangkat dan 12 bulan untuk pegawai. Kami makan, tidur, berlatih, berpeluh, menangis dan ketawa bersama. Selepas latihan kadet dan rekrut kami dipilih dan dimasukkan oleh Suruhanjaya ke dalam pelbagai Kor dan perkhidmatan. Kecuali untuk Rejimen Askar Melayu Diraja, dalam apa jua Kor dan perkhidmatan, kami tidak ambil peduli sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban atau Kadazan. Kesetiaan kami hanyalah kepada Komander tidak mengira bangsa dan agamanya, kepada cabang dan perkhidmatan, kepada ATM, kepada Raja dan negara. Itulah cara kami diajar dan dilatih.

Dalam kedua-dua peristiwa darurat (1948-1960/1960-1989), sewaktu konfrontasi dengan Indonesia, dan perang di Sarawak sehingga awal 90-an, kami berjuang seperti adik beradik untuk mempertahankan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini. Kami pastikan orang seperti anda selamat dan mengekalkan kebebasan anda di negara ini.

Anda tidak ada di situ menyaksikan komrad kita mati, kaki dan tangan putus kena letupan. Anda tidak ada di situ untuk melihat bagaimana isteri dan anak-anak mereka menangis apabila suami mereka balik dalam keranda atau tidak mempunyai kaki atau tangan.

Anda dilahirkan dalam suasana kaya, anda tidak lebih melainkan untuk menunjuk-nunjuk. Mengenakan pakaian seragam tentera, dengan beret komando, dengan sayap udara disemat di dada. Anda membuatkan veteran meluat melihat kebodohan anda.

Sewaktu darurat menentang komunis, ramai anggota bukan Melayu membuat operasi penyamaran, menjadi agen dalam pasukan musuh dan beraksi sebagai penoreh getah, pekebun dll, dan sebahagiannya ditangkap dan mati dibunuh.

Juruterbang kita, ramai yang bukan Melayu juga ditembak jatuh, dan bila mereka melaksanakan misi menyelamat, mengangkut mayat dan perubatan, mereka tidak peduli yang mati atau cedera itu Melayu, Cina Iban atau India, atau apa juga bangsa mereka.

Hari ini Umno berkucupan dengan Parti Komunis China (PKC). Mengadakan rundingan belakang pintu, semua untuk kuasa dan wang, melupakan pengorbanan mereka supaya Umno boleh terus wujud sehingga hari ini.

Pembuat dasar andalah (Umno) yang cuba memisahkan dan membahagikan kami mengikut kaum. Parti andalah yang membuat kuota dan pelantikan, parti andalah yang mengawal siapakah yang patut menjadi Jeneral dan siapa pula tidak.

Menjadi anggota tentera merupakan pekerjaan profesional. Jika orang yang tidak mempunyai kemahiran dinaikkan pangkat, anda akan dapat Pasukan Bersenjata yang separuh masak. Pasukan Bersenjata yang separuh masak tidak akan dapat mempertahankan negara ini dengan berkesan.

Jika anda mahukan orang Cina dapat dilihat kesetiaan mereka, jadikan Pasukan Bersenjata lebih profesional, bukannya politikal.

Kami, veteran Pegawai Pasukan Bersenjata dan bekas pegawai kanan polis adalah patriot sebenar. Lebih patriotik daripada mana-mana anda ahli politik gila “kuasa dan kleptokrasi”. JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH KEPADA KAMI. JIKA BERLAKU PERANG UNTUK MEMPERTAHANKAN BUMI INI, KAMI AKAN BERADA DI BARISAN KEDUA ATAU KETIGA DI BELAKANG PASUKAN UTAMA UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. TOLONG JANGAN CAMPURADUKKAN SEMUA INI DENGAN IMPIAN POLITIK ANDA!!

Apa yang parti anda telah lakukan terhadap ATM ialah merendahkan martabat mereka, membuatkan mereka lemah, menjadikan Jeneral seperti patung yang digantung tali sehingga mereka tidak tahu lagi membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Anda membuatkan rakyat hidup dalam “SINDROM KATAK REBUS”. Sebaik sahaja rakyat sedar apa yang berlaku pada negara ini, semuanya telah terlewat.

Yang menjadi masalah kepada ahli politik seperti anda ialah anda naik bukan dari pemimpin akar umbi, dari awal sehingga sekarang anda hanyalah “KURA-KURA DI ATAS TUNGGUL”, tidak tahu bagaimana anda boleh berada di atas tetapi hanya kerana bapa anda adalah PM, jika bukan anda tidak ada apa-apa.

Kami, yang telah berkhidmat dari 1948-1989/91, majoritinya masih hidup. Parti anda telah membeloti kami, mengetepikan kami, menipu kami dan kebanyakan kami terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan kami. Sementara itu dalam beberapa tahun ini, anda dan ahli parti anda menjadi kleptokrat dan membawa pergi apa yang sebenarnya menjadi milik kami dan rakyat.

Semoga Allah melaknati anda semua jika anda tidak sedar semua yang anda lakukan ini adalah salah.





hMej (B) MIOR ROSLI TUDM
Kredit: Friends of PPBM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan