MOHAMED HANIPA MAIDIN
Saya sering tertanya jika Islam ini hanya untuk pihak pihak tertentu sahaja dan bukan “rahmat untuk seluruh alam”, kenapakah Rasulullah S.A.W perlu bersusah payah mendekati Yahudi dari pelbagai kabilah di Madina, menyantuni rombongan Kristian Najran di Masjid Nabi S.A.W, menulis surat kepada pelbagai bangsawan bukan Arab di luar wilayah Medina bagi mengajak mereka kepada Islam?
Begitu juga di manakah keperluan para pedagang Islam merentasi benua menuju ke wilayah asing seperti Melaka, Sumatera dan China membawa mesej Islam?
Begitu juga mengapakah para ulama menulis pelbagai kitab tentang misalnya tentang dzimmi, harbi, musta’ man, kharaj dan lain-lain.
Kenapakah lelaki Islam dibenarkan hatta berkahwin dengan wanita ahlul kitab tanpa perlu wanita tersebut memeluk Islam?
Mungkin sekarang ini ada agamawan yang seronok dengan “kemenangan Islam” di wilayah yang majoriti penduduknya adalah Islam seperti di pantai timur tapi hampir tidak dapat berpijak di wilayah yang ramai bukan Islam di dalamnya seperti di sebelah pantai barat.
Saya tertanya di mana hebatnya ?
Tidakkah puak agamawan rasakan bahawa jika wujudnya selama ini persepsi Islam ini hanya untuk orang Islam dan Melayu sahaja, ianya lahir kerana sikap dan tindak tanduk mereka sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan