ZIKRI ABDULLAH
Warga asing yang dikesan berkumpul di IKBN Tanah Merah, Kelantan.
Penduduk Tanah Merah semalam ini digemparkan dengan kehadiran 800 warga asing yang dibawa untuk ditempatkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Calon Pakatan Harapan bagi Dun N26 Bukit Panau, Hisyam Fauzi berkata orang ramai terkejut apabila menyedari sejumlah besar warga asing diangkut dengan lori black maria ke dalam kawasan IKBN malam semalam.
Saya sendiri menerima banyak pesanan Whatsaap yang menyatakan pengundi hantu sedang ditempatkan di IKBN.
“Saya segera mengarahkan petugas-petugas sejak awal pagi untuk memerhati keadaan.
“Laporan menunjukkan memang jelas mereka warga asing yang usaha mendapat penjelasan dari pihak pusat berkenan gagal,” katanya.
Penyokong PH, Wan Rosdi Wan Daud yang membuat laporan polis berkata beliau mendapat maklumat dari kawan-kawan menyatakan ada warga asing di bawa masuk ke IKBN.
“Mereka disyaki pengundi hantu dari kalangan orang asing untuk digunakan sebagai pengundi.
“Pada pukul 10 pagi saya telah pergi ke sana dan mendapati lebih kurang 800 orang sedang berada di situ.
“Setelah berlaku sedikit kekecohan dalam pukul 10.30 pagi mereka telah pun dibawa pergi menggunakan lori imigresen dan diiringi kereta polis,” katanya.
Menurutnya satu laporan polis telah dibuat kerana mengesyaki mereka adalah pengundi hantu yang dibawa masuk.
“Jika tidak untuk tujuan apa mereka diturunkan di dalam IKBN itu,” katanya.
Wan Rosli mahu pihak polis segera membuat penyiasatan dan memaklumkan kepada orang ramai siapa mereka sebenarnya.
“Kita tidak mahu tibul keadaan tidak harmoni dan syak wasangka dalam suasana pilihanraya ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan