PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi PPBM yang juga bekas Yang Dipertua (YDP) Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya tidak menolak kemungkinan beliau antara calon setiausaha politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abu Bakar berkata selain beliau, ada calon lain disenaraikan untuk menjawat jawatan tersebut, tetapi meminta media menunggu pengesahan jawatan itu selepas majlis angkat sumpah.
“Selepas angkat sumpah saya akan komen. Saya belum angkat sumpah lagi, macam mana media tahu.
“Mengenai bakal dilantik menjadi setiausaha politik perdana menteri itu benar, tetapi saya tidak berani cakap. Tak tahu lagi, banyak calon. Mungkin saya antara 1 calon,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar pada Oktober 2016 mengumumkan meletakkan jawatan sebagai YDP Perkasa Selangor dan menyertai PPBM.
Pada November 2016 Abu Bakar dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi PPBM.
Pada 30 Mei lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Muhammad Zahid Md Arip dilantik sebagai setiausaha politik kepada Dr Mahathir.
Muhammad Zahid yang juga cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba pernah memegang jawatan pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad sebelum menyertai PPBM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan